Laman Utama | Kategori Sayembara | Hadiah | Syarat Penyertaan | Pengadilan Karya dan Hak Cipta | Hubungi Kami


Syarat Penyertaan


  1. Sayembara ini terbuka kepada warganegara Singapura dan para penulis serantau iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina dan Brunei yang menulis dalam bahasa Melayu.

  2. Tema sayembara ini adalah bebas namun hendaklah bersesuaian dengan agama Islam serta mengikut dasar Ahli Sunnah Wal Jamaah.

  3. Karya juga hendaklah menerapkan nilai-nilai murni dan pengajaran yang berkesan kepada pembaca.

  4. Peserta boleh menyertai ketiga-tiga kategori tetapi hanya dibenarkan menghantar SATU manuskrip sahaja untuk setiap kategori.

  5. Karya mestilah asli, bukan saduran, adaptasi, penyesuaian atau apa-apa sahaja yang membawa pengertian karya itu bukan karya asli serta belum pernah diterbitkan oleh mana-mana pihak.

  6. Karya yang pernah memenangi hadiah di Singapura atau negara lain tidak akan diterima.

  7. Manuskrip yang dihantar mestilah ditaip dalam bahasa Melayu di atas kertas A4 sebelah muka dengan jarak langkau dua baris, Times New Roman saiz 12 dan berjilid kemas.

  8. Judul karya hendaklah ditaip pada kulit naskhah dan sudut kanan bahagian atas pada setiap halaman manuskrip. Nama peserta hanya boleh diisi pada borang penyertaan sahaja.

  9. Peserta perlu menghantar 4 salinan manuskrip kepada urus setia berserta borang penyertaan, sinopsis tidak melebihi dua halaman, satu salinan manuskrip dalam CD dan sekeping gambar berukuran pasport.

  10. Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap karya yang tidak sampai atau rosak dalam pengiriman.

  11. Karya yang dihantar tidak akan dikirimkan semula kepada peserta sama ada karya tersebut memenangi hadiah ataupun tidak.