Mengejar Kecemerlangan Sebagai Penerbit Dan Pengedar Yang Diiktiraf Bagi Buku-Buku Islam Dan Bahan-Bahan Pendidikan Lain Yang Berkualiti, Melebihi Jangkaan Pelanggan

Penerbit Dan Pengedar Ulung Yang Menjadi Pemangkin Bagi Penerimaan Ilmu Ke Arah Kefahaman Islam Yang Lebih Baik

1. Fokus Pelanggan
Kami berusaha secara konsisten untuk memenuhi harapan pelanggan dan pengedar, melebihi jangkaan mereka. Kami akan memperolehi kepercayaan mereka terhadap kami agar dapat membina hubungan jangka panjang serta rasa hormat antara satu sama lain.

2. Pembangunan Sumber Manusia
Kami berusaha mewujudkan persekitaran kerja yang menyokong, penuh hormat, mencabar lagi bermakna serta memberi peluang kepada setiap warga kerja untuk mengoptimumkan potensi mereka.

3. Kerja Berkumpulan
Kami mengutamakan dan menganjurkan kerja berkumpulan dan kerjasama antara warga kerja. Di samping usaha sama yang aktif dan berterusan dengan setiap warga kerja, pengedar dan pelanggan kami.

4. Kreativiti dan Pembaharuan
Kami menggalakkan kreativiti dan pembaharuan antara warga kerja ke arah peningkatan mutu dan jenis produk serta perkhidmatan kami.

5. Integriti
Kami berpegang teguh pada taraf etika dan profesionalisme yang tinggi semasa berurusan dengan kesemua petugas, pengedar dan pelanggan kami.

 


Darul Andalus Pte Ltd ( Darul Andalus ) didaftarkan pada 31hb October 2000.
Aktiviti utama Darul Andalus ialah dalam penerbitan dan pengedaran buku Islam yang berkualiti. Kini, syarikat memberi tumpuan kepada penerbitan buku-buku untuk pendidikan Islam bagi pelajar-pelajar peringkat pra-sekolah, rendah dan menengah.
Dewasa ini Darul Andalus membekalkan buku-buku teks dan latihan kepada lebih kurang 35 institusi pendidikan Islam seperti madrasah masjid, JHD, Pertapis dan syarikat swasta. Pihak institusi mempunyai dua pilihan samada untuk :

  • menjual sendiri buku-buku tersebut atau
  • mendapatkan khidmat Darul Andalus untuk membuat penjualan. Khidmat penjualan yang dilakukan oleh Darul Andalus adalah percuma. Kami menggunakan sistem POS ( Point of Sale ) untuk melancarkan proses penjualan.

Disamping itu kami juga menyediakan buku-buku pendidikan selain buku teks dan latihan. Buku-buku tersebut seperti psikologi pendidikan, kemahiran mendidikan anak, proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dan lain-lain.

Hakcipta © 2007 Pusat Sumber Darul Andalus.
Mengenai Kami    |    e-katalog    |    Mutiara Hikmah    |    Pautan    |    Hubungi Kami    |    Web Terhad