Nurseri
Tadika
Rendah
Menengah
Remaja
Alam Si Kecil (ASK)
Kamus Tematik Andalus
Iqra dan Juz Amma
Solat
Sastera Melayu
Laman Utama Mengenai Kami  
 


RENDAH

4Siri Buku Pendidikan Islam Darjah 1

4Siri Buku Pendidikan Islam Darjah 2

4Siri Buku Pendidikan Islam Darjah 3

4Siri Buku Pendidikan Islam Darjah 4

4Siri Buku Pendidikan Islam Darjah 5

4Siri Buku Pendidikan Islam Darjah 6


Siri Buku Pendidikan Islam Peringkat Rendah mengandungi mata pelajaran Fiqh, Tauhid, Sirah and Akhlak. Ia dirancang berdasarkan sukatan sistem bermodul Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). Siri buku ini menggunakan pendekatan menarik seperti teks berbentuk dialog dan pantun dalam menyampaikan topik-topik pengajaran. Pelbagai ilustrasi juga dimuatkan agar dapat menarik minat pelajar. Siri buku teks ini dilengkapi dengan buku-buku kerja untuk mengukuhkan kefahaman pelajar serta membantu tenaga pengajar membuat penilaian. Buku-buku ini sesuai digunakan oleh pelajar di peringkat darjah satu hingga enam.

 

4Islam In English Primary 1

4Islam In English Primary 2

4Islam In English Primary 3

4Islam In English Primary 4

4Islam In English Primary 5

4Islam In English Primary 6


This series of books are written based on the syllabus provided by Religious Education Department Islamic Religious Council of Singapore (MUIS)) for primary one to six. It consists of four main subjects, namely Tauhid, Fiqh, Sirah and Akhlak. In addition to the textbooks, workbooks are also available to enhance the students' understanding and assist the teachers in assessment. This series of books is suitable for general reading and especially for primary school students attending formal religious classes.

 

4Bahasa Arab


Buku Bahasa Arab ini telah dihasilkan dan disusun secara bertahap dan sistematik mengikut keperluan pelajar bagi peringkat rendah. Bahasa Arab amat penting bagi memahami agama Islam dengan lebih baik. Buku-buku ini menggunakan pendekatan yang sesuai dengan konteks masyarakat moden dan berbilang bangsa. Selain teks, terdapat juga latihan-latihan dan ilustrasi-ilustrasi menarik dalam buku yang sama untuk mengukuhkan kefahaman pelajar dalam Bahasa Arab. Isi kandungan buku ini mudah difahami dan sesuai untuk dijadikan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran untuk peringkat darjah satu hingga enam.

 

4Belajar Jawi


Buku Belajar Jawi ini telah dihasilkan dan disusun dengan menggunakan pendekatan yang mudah agar pelajar-pelajar dapat membaca, menulis dan memahami tulisan Jawi. Selain tulisan Rumi, warisan tulisan Jawi juga harus dijaga dan difahami dengan baik. Selain teks, terdapat juga latihan-latihan dan ilustrasi-ilustrasi menarik dalam buku yang sama untuk mengukuhkan kemahiran pelajar dalam tulisan Jawi. Isi kandungan buku ini mudah difahami dan sesuai untuk dijadikan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran untuk peringkat darjah satu hingga enam.

 

4Mukhtasar Jawi


Buku Ringkasan Jawi ini bertujuan membantu pelajar memahami dan menguasai tulisan Jawi dengan baik secara berperingkat. Dengan menggunakan kaedah pertukaran huruf Rumi kepada Jawi, buku ini menggunakan pendekatan yang ringkas, mudah diikuti dan difahami serta berkesan. Buku ini juga memberi pendedahan kepada pelajar untuk mempertingkatkan kemahiran mereka dalam mengenal, menyebut, mengeja, membaca dan menulis perkataan Jawi. Buku ini sesuai digunakan oleh kanak-kanak peringkat rendah dan juga sebagai bahan bacaan umum.



 

Laman ini ialah hak cipta Darul Andalus Pte Ltd - 2011