Sila klik gambar buku di bawah:


Don't Be Sad

Subuh: 05:27
Syuruk: 06:47
Zuhur: 12:50
Asar: 4:12
Maghrib: 06:51
Isyak: 08:03
Darul Andalus adalah salah sebuah syarikat kerabat Andalus Corporation. Ia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Pusat Sumber Darul Andalus (PSDA), Pusat Edaran Darul Andalus (PED) dan Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan ( JPNP ).

Kami adalah penerbit dan pengedar buku-buku teks dan latihan agama serta pelbagai jenis sumber pendidikan. Buku-buku kami diterbitkan setelah melalui proses perancangan dan penilaian yang rapi dan mendapat nasihat pakar dalam bidang berkenaan.

Kami menyediakan buku-buku dari peringkat pra-sekolah hingga menengah dan meliputi pelbagai disiplin agama seperti Aqidah, Fiqh, Tauhid, Akhlak, Sirah, Tajwid dan lain-lain.

Besar harapan kami agar buku-buku ini dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar ia menjadi lebih seronok dan bermakna.



Berita Terkini




Miliki al-Quran Dan Kamus Peribadi

Darul Andalus telah memulakan kempen baru-baru ini dengan membekalkan al-Quran saiz kecil yang menarik dan pelbagai warna beserta terjemahan Melayu. Kamus Arab - Inggeris yang kecil dan berkualiti juga disediakan untuk membantu pembaca memahami al-Quran dengan lebih baik.

Darul Andalus turut menyediakan khidmat kepada para pembeli yang ingin mewakafkan pembelian al-Quran dan kamus kepada institusi pendidikan Islam yang dipilih. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Saudara Shaffeeie di talian 6440 7086.



Hakcipta © 2007 Pusat Sumber Darul Andalus.
Mengenai Kami    |    e-katalog    |    Mutiara Hikmah    |    Pautan    |    Hubungi Kami    |    Web Terhad